Tuesday, May 6, 2008

MESYUARAT AGUNG PEKASA SESI 2008-2009
Mesyuarat Agung PEKASA bagi sesi 2008-2009 akandiadakan padaTarikh: 14 Jun 2008 (Sabtu)Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hariTempat: Bilik Wacana,Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan SarawakSEMUA AHLI DAN YANG BERMINAT JADI AHLI DIJEMPUT HADIR...

1 comment:

Saiee Driss said...

Selamat bermesyuarat. Adakah sebarang aktiviti sampingan sempena mesyuarat itu?

Kenapa tidak jemput penulis senior seperti Datuk Salbiah, Hajjah Latifah, Datuk Adi atau Tuan Zaini atau penulis kontemporare seperti Tuan MJ, Ketua I, Kak Beb, Jeniri Amir atau Awang Azman dan yang sewaktu dengannya, untuk memberi ucaputama atau satu syarahan umum yang boleh dirakam oleh DJNor dan jadi bahan siarannya di radio atau oleh Radin di Utusan Sarawak.

Jadikan ucaputama ini satu aktiviti tetap setiap kali ada mesyuarat agung dan isinya boleh dibincangkan sepanjang beberapa ketika di media tempatan dan kebangsaan.

Ini memberi ciri sendiri kepada mesyuarat agung Pekasa dan memberi ruang menyebarkan ilmu.

Persatuan seperti Pekasa harus mempunyai satu siri kegiatan peningkatan ilmu penulisan yang menjadi ciri khususnya sebagai mana Pena dengan baca puisi dan GAPENA dengan Hari Sastera, Hari Puisi dan pelbagainya.

Itu menjadi pelantar intelektual bagi Pekasa untuk merelevankan dirinya di dalam perkembangan kecendekiawanan negara.

Untuk saguhati boleh usahakan atau minta sponsor pihak-pihak yang berminat....

Sekadar cadangan seorang ahli dah tua ....

Wassalam.