Tuesday, June 16, 2009

sekilas pandang daripada ketua satu PEKASA

Pekasa kian menghampiri untuk diterajui oleh golongan gelombang kedua aktivissastera di sarawak. Saya kemungkinan besar hanya menerajui pekasa untuk penggalini sahaja dan penggal berikutnya 2011 akan diambilalih oleh golongan muda.Secara personal sy telah berbincang dgn sdra A Zaidel apa yang bakal kitalakukan kerana sy lebih liberal untuk menggalakkan mereka merencana sesuatudengan pemantauan yang rapi daripada sy dan beberapa org veteran yang bakal kitabawa bersama.Pertama Pekasa mesti membela penulis dan memulakan gerakan kesusasteraan dankebahasaan. Hal-hal lain seperti seni, budaya, persembahan adalah agendakerjasama, bukan prioriti kita.kedua Pekasa kembali memulakan langkah untuk memperkasa dirinya dengan memilikikepimpinan yang baik, memiliki aset dan dana yang mencukupi.Ketiga memastikan kelansungannya berterusan agar tidak mati separuh jalan denganbertanggung-jawab kepada Pendaftar pertubuhan yang menjadi jabatan yang sentiasamemerhati kelansungannya secara pentadbiran, pengurusan dan pentadbiranpersatuan yang baik dan kemaskini. Jika yang ketiga ini tidak dijaga, bersiaplahuntuk mengikut jejak rumah yang terdahulu dan ini tidak boleh dibenarkan.Cabaran dihadapan kian besar dan berat dan tenaga perlu disepadukan ke arah itu.Agenda kita satu... satu bahasa satu sastera satu suara.

catatan pinggir

MT PEKASA 2007-2009
MT PEKASA 2004-2006
Syukur ke hadrat Allah kerana mesyuarat Agung PEKASA berjalan lancar, meskipun sebelum ini ada spekulasi yang telah sedikit mengejutkan di kalangan ahli PEKASA tentang penyebaran sms konon mesyuarat Agung yang diadakan pada 13 Jun 2009 ditunda kepada satu tarikh yang diberitahu nanti. Mesyuarat Agung yang bermula dengan satu tip motivasi yang dikendalikan oleh Tuan Haji Taufik memberi impak dan kesan yang berguna kepada ahli PEKASA. Banyak agenda yang dibincangkan tentang perancangan dan halatuju PEKASA selepas ini. Seterusnya pembubaran Majlis Tertinggi PEKASA 2007-2009 kemudian pemilihan Majlis Tertinggi PEKASA 2009-2011. Di mana banyak perubahan berlaku dalam pemilihan tersebut. Di mana gelombang generasi kedua hampir keseluruhan telah dimonopoli oleh mereka. Apapun objektifnya sama iaitu membangunkan minda dan khalayak sastera dalam mendepani arus globalisasi.