Pekasa kian menghampiri untuk diterajui oleh golongan gelombang kedua aktivissastera di sarawak. Saya kemungkinan besar hanya menerajui pekasa untuk penggalini sahaja dan penggal berikutnya 2011 akan diambilalih oleh golongan muda.Secara personal sy telah berbincang dgn sdra A Zaidel apa yang bakal kitalakukan kerana sy lebih liberal untuk menggalakkan mereka merencana sesuatudengan pemantauan yang rapi daripada sy dan beberapa org veteran yang bakal kitabawa bersama.Pertama Pekasa mesti membela penulis dan memulakan gerakan kesusasteraan dankebahasaan. Hal-hal lain seperti seni, budaya, persembahan adalah agendakerjasama, bukan prioriti kita.kedua Pekasa kembali memulakan langkah untuk memperkasa dirinya dengan memilikikepimpinan yang baik, memiliki aset dan dana yang mencukupi.Ketiga memastikan kelansungannya berterusan agar tidak mati separuh jalan denganbertanggung-jawab kepada Pendaftar pertubuhan yang menjadi jabatan yang sentiasamemerhati kelansungannya secara pentadbiran, pengurusan dan pentadbiranpersatuan yang baik dan kemaskini. Jika yang ketiga ini tidak dijaga, bersiaplahuntuk mengikut jejak rumah yang terdahulu dan ini tidak boleh dibenarkan.Cabaran dihadapan kian besar dan berat dan tenaga perlu disepadukan ke arah itu.Agenda kita satu... satu bahasa satu sastera satu suara.
Tuesday, June 16, 2009
catatan pinggir
MT PEKASA 2007-2009
MT PEKASA 2004-2006
MT PEKASA 2004-2006
Syukur ke hadrat Allah kerana mesyuarat Agung PEKASA berjalan lancar, meskipun sebelum ini ada spekulasi yang telah sedikit mengejutkan di kalangan ahli PEKASA tentang penyebaran sms konon mesyuarat Agung yang diadakan pada 13 Jun 2009 ditunda kepada satu tarikh yang diberitahu nanti. Mesyuarat Agung yang bermula dengan satu tip motivasi yang dikendalikan oleh Tuan Haji Taufik memberi impak dan kesan yang berguna kepada ahli PEKASA. Banyak agenda yang dibincangkan tentang perancangan dan halatuju PEKASA selepas ini. Seterusnya pembubaran Majlis Tertinggi PEKASA 2007-2009 kemudian pemilihan Majlis Tertinggi PEKASA 2009-2011. Di mana banyak perubahan berlaku dalam pemilihan tersebut. Di mana gelombang generasi kedua hampir keseluruhan telah dimonopoli oleh mereka. Apapun objektifnya sama iaitu membangunkan minda dan khalayak sastera dalam mendepani arus globalisasi.
Tuesday, November 18, 2008
Thursday, November 6, 2008
PERUTUSAN KETUA SATU
Salam sastera;
Kita (semua ahli PEKASA) telah diundang untuk ke majlis
PERKAHWINAN / PERSANDINGAN
Saudara Radin Azhar Ahamd dengan Maspaun Binti Bolhassan
pada
9 November 2008 ( Ahad )
jam 10.00 pagi
bertempat
Lot 853, Kampung Semerah Padi Baru Fasa 1,
Petra Jaya, Kuching
(rumah saudara Radin)
MARI KITA HARI BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT
Kita semua mendoakan agar kebahagiaan mereka sehingga "hujung nyawa"
Selamat Pengantin Baharu.
Sunday, November 2, 2008
Thursday, September 18, 2008
PERUTUSAN KETUA SATU
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua ahli PEKASA dan juga Karyawan Negeri Sarawak.
Mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, kurang enak tingkah laku dan terjentik rasa selama kita mengharungi dunia sastera di Darul Hana ini.
Maaf Zahir dan Batin.
Mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, kurang enak tingkah laku dan terjentik rasa selama kita mengharungi dunia sastera di Darul Hana ini.
Maaf Zahir dan Batin.
Friday, August 1, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)