

Syukur ke hadrat Allah kerana mesyuarat Agung PEKASA berjalan lancar, meskipun sebelum ini ada spekulasi yang telah sedikit mengejutkan di kalangan ahli PEKASA tentang penyebaran sms konon mesyuarat Agung yang diadakan pada 13 Jun 2009 ditunda kepada satu tarikh yang diberitahu nanti. Mesyuarat Agung yang bermula dengan satu tip motivasi yang dikendalikan oleh Tuan Haji Taufik memberi impak dan kesan yang berguna kepada ahli PEKASA. Banyak agenda yang dibincangkan tentang perancangan dan halatuju PEKASA selepas ini. Seterusnya pembubaran Majlis Tertinggi PEKASA 2007-2009 kemudian pemilihan Majlis Tertinggi PEKASA 2009-2011. Di mana banyak perubahan berlaku dalam pemilihan tersebut. Di mana gelombang generasi kedua hampir keseluruhan telah dimonopoli oleh mereka. Apapun objektifnya sama iaitu membangunkan minda dan khalayak sastera dalam mendepani arus globalisasi.
No comments:
Post a Comment